Saturday 27 May, 2017
Exclusively for REGISTERED MANUFACTURERS ONLY




Login To View :
- Design
- Buyers Directory
- Trade Leads
- Market Information

LAPORAN PRESTASI SYARIKAT YANG MENDAPAT KELULUSAN KUOTA KAYU GETAH BERGERGAJI (KGB) BAGI TAHUN 2012 (sehingga 23 Mei 2012)

 

Latarbelakang

Bagi tahun 2012, Kementerian Perladangan, Industri dan Komoditi (MPIC) telah bersetuju utuk memberikan kelulusan sebanyak 50,000 m3 setahun berbending 60,000 m3 pada tahun 2010 dan 2011 kepada pengeksport kayu getah bergergaji untuk mengeksport produk mereka ke luar negara.

Setiap syarikat hanya diberikan kelulusan kuota eksport maksima sebanyak 3,000 m3 dimana kelulusan akan diberikan kepada syarikat yang layak yang terlebih dahulu memohon atau ‘first come first serve’ basis.

Syarat kelayakan bagi mengeksport kayu getah bergergaji adalah seperti berikut:


SYARAT-SYARAT BAGI KELULUSAN

KUOTA EKSPORT KAYU GETAH BERGERGAJI

1.

Syarikat-syarikat pengeluar dan pemprosesan yang berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia sebagai pengeksport dan pembekal yang sah ;

2.

Syarikat-syarikat yang memiliki lesen kilang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan;

3.

Syarikat-syarikat yang telah membuat pelaburan dalam aktiviti pemprosesan lanjut seperti kilang-kilang dan jentera, loji pengawetan kayu, loji pengeringan tanur dan lain-lain;

4.

Hanya syarikat-syarikat tempatan sahaja yang layak dipertimbangkan;

5.

Had maksimum kuota Kayu Getah Bergergaji yang boleh dieksport adalah sebanyak 3.000 m³ sahaja bagi sesebuah syarikat setahun;

6.

Bagi permohonan syarikat-syarikat yang mempunyai pemegang-pemegang saham yang sama, hanya satu kelulusan kuota eksport sahaja yang akan diperuntukkan;

7.

Keutamaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang membeli balak getah terus daripada pekebun kecil getah; dan

8.

Keutamaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai prestasi eksport yang baik.

Nota:

1. Syarat-syarat 1-5 adalah syarat-syarat yang diluluskan oleh

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Julai 2008

2. Syarat 1-6 adalah wajib, manakala syart 7 dan 8 merupakan syarat tambahan

 

Laporan Prestasi Syarikat Yang Mendapat Kelulusan Kuota KGB Bagi Tahun 2012 (sehingga 23  Mei 2012)

Jawatankuasa dimaklumkan bahawa:-

1. Sebanyak 24 syarikat telah diberikan kelulusan kuota eksport KGB tahun 2012 (termasuk 2 kelulusan berulang). Kuota tahun 50,000 m³ diagihkan sepenuhnya dengan tempoh kelulusan masing-masing adalah pada 30 Jun 2012 dan 31 Ogos 2012.

2. Sehingga 23 Mei 2012, sebanyak 17,859 m³ (36%) KGB telah dieksport oleh 24 syarikat yang menjalankan aktiviti pengeksportan bermula dari 12 Februari lalu.